Home » » 'Siapa cakap saya akan tinggalkan BN?'

'Siapa cakap saya akan tinggalkan BN?'

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 25 July 2015 | 20:34


KEMAMAN - Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun‎ Kijal Datuk Seri Ahmad Said hari ini menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ahmad ketika ditemui di majlis rumah sambutan hari raya di rumahnya di Telok Kalong di sini berkata kalau beliau mahu meninggalkan BN ia pastinya telah dibuat setahun yang lalu.

"Saya masih bersama BN dan masih lagi Adun Kijal, siapa yang sebarkan berita saya keluar BN... apapun keputusan tunggu pada Perhimpunan Agung Umno nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Said diganti oleh Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Terengganu pada 12 Mei 2014. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger