Home » » Mayat ditemui terapung di Pulau Perhentian Kecil

Mayat ditemui terapung di Pulau Perhentian Kecil

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 17 August 2015 | 22:06


BESUT - Mayat seorang warganegara Pakistan ditemui terapung di kawasan perairan Pulau Perhentian Kecil dekat sini petang Sabtu lepas.

Mayat dikenal pasti sebagai Umair Hassan, 29, yang bekerja sebagai Pegawai Urusan Pelanggan dengan sebuah syarikat tempatan beralamat di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, Umair yang mempunyai permit bekerja yang sah pergi ke Pulau Perhentian Kecil seorang diri Jumaat lalu dengan mendirikan khemah tanpa menyewa mana-mana resort di situ.

"Mangsa mandi bersendirian di laut berhampiran Long Beach petang Sabtu lalu sehinggalah mayatnya ditemui terapung oleh seorang pemandu bot pelancong  kira-kira 4.30 petang hari yang sama," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya hasil bedah siasat mendapati kematiannya kerana lemas dan tidak ada sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dituntut oleh abangnya yang datang dari Singapura di rumah mayat Hospital Daerah Besut hari ini. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger