Home » » Polis serbu rumah, chalet di Pulau Perhentian

Polis serbu rumah, chalet di Pulau Perhentian

Written By Berita Setiap Hari on Monday 24 August 2015 | 06:39


BESUT - Seramai 15 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun diberkas dalam serbuan menerusi Ops Tapis Bersepadu di beberapa lokasi di sekitar Pulau Perhentian, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, operasi membabitkan empat pegawai dan 19 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Pasukan Gerakan Marin selain enam kakitangan AADK Besut.

Menurut Khaled, dalam operasi jam 3 pagi hingga 12 tengah hari itu pihaknya memeriksa 31 lelaki di sekitar perkampungan dan Pasir Pasir Panjang di pulau berkenaan.

“Saringan air kencing mendapati 14 orang daripada mereka positif dadah dan seorang negatif dadah tetapi disyaki terlibat kes jenayah di pulau berkenaan,” katanya.

Khaled berkata, serbuan tertumpu di rumah yang dikenal pasti serta kawasan chalet di Pasir Panjang dan kebanyakan suspek terdiri daripada penganggur, bekerja sebagai pemandu bot dan chalet.

“Kesemua suspek dibawa ke Pondok Polis Pulau Perhentian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, polis turut berjaya merampas sebotol plastik lut sinar berisi serbuk putih disyaki heroin, sebiji pil merah disyaki dadah pil kuda dan dua ketulan mampat bersaiz kecil tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.

Tambahnya lagi, polis akan melakukan operasi berterusan di pulau berkenaan bagi memastikan pulau peranginan bertaraf dunia itu bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger