Seorang lagi ditahan kes bunuh guru al-Quran
Written By Berita Setiap Hari on Monday, 3 August 2015 | 23:17
KOTA BHARU - Seorang lagi lelaki berusia 54 tahun menjadi suspek kedua ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang guru ajar mengaji al-Quran yang dikelar kaki dan tangan di Batu Melintang, Jeli, Khamis lalu.
Lelaki tersebut ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Kalai, Jeli pada jam 5 petang, semalam.
Perintah reman akan dibuat hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Share this article :
Labels:
Jenayah