Tiga kali rogol kekasih bawah umur
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 2 September 2015 | 22:03
KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku tidak salah atas tuduhan merogol kekasih bawah umur di mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh dari Lorong Pagar Jawa, Jalan Pengkalan Chepa, Simpang 3, di sini, didakwa di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin pada tiga tuduhan merogol mangsa yang berusia 15 tahun. Ketiga-tiga kejadian berlaku di alamat rumah tertuduh iaitu pertama pada jam 11 pagi, 5 Ogos; kedua pada 9 pagi, 9 Ogos, manakala kali ketiga berlaku pada jam 3.30 petang, 12 Ogos, kesemuanya tahun 2015.
Dakwaan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Susulan penafian pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali memohon tarikh sebutan lain untuk pengurusan kes dan tidak mencadangkan jaminan berikutan tuduhan serius yang dihadapi.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula pada 22 Oktober depan. Ahmad Bazli tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Share this article :
Labels:
Jenayah