Home » , » #MH370 Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi

#MH370 Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi

Written By Gaha Belako on Sunday, 11 October 2015 | 07:04


KUALA LUMPUR: Dakwaan penemuan sebuah bangkai pesawat dengan rangka manusia di kepulauan selatan Filipina menimbulkan lebih banyak spekulasi apabila ia dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang diisytihar hilang, MH370.

Khabar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu bermula dengan dakwaan seorang remaja lelaki yang menemui bangkai pesawat itu sewaktu memburu unggas di kawasan lembah hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi pada awal September lalu.

Di lokasi berkenaan, dia juga menemui sehelai kain lusuh dan tanpa mengetahui ia adalah sehelai bendera Malaysia. Tujuan asal remaja berkenaan mengambil kain tersebut hanyalah untuk dijadikan selimut.

“Orang di sana kehidupannya berburu dan tinggal di perkampungan atas air malah tidak menonton televisyen jadi mereka tidak mengambil tahu perihal dunia luar," kata Jamil Omar, individu yang membuat laporan polis tentang perkara itu semalam.

Menurutnya, khabar tentang penemuan remaja itu telah menjadi buah mulut hingga sampai ke pengetahuan ibu saudaranya, Siti Kayam, yang menetap di kepulauan tersebut dan sering ke Sabah.

“Apabila barangan yang diambil dari bangkai pesawat seperti yang didakwa remaja itu, dia (Siti Kayam) terkejut kerana ia adalah bendera Malaysia," kata Jamil kepada Astro AWANI.

Tambahnya, bendera yang dalam keadaan usang tetapi tidak reput itu bagaimanapun diberitahu telah dicuci.
Mengulas lanjut, Jamil berkata beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya dan mengambil keterangan ibu saudaranya serta kain bendera tersebut.

Pada Sabtu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam kenyataan mengesahkan menerima laporan tersebut di Balai Polis Sandakan pada Jumaat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.


Polis Filipina terkejut

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis di selatan Filipina terkejut dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat dengan bendera Malaysia di kawasan hutan terpencil itu.

Portal The Star Online melaporkan, seorang pegawai kanan polis Filipina di ibu pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanao berkata tidak pernah ada laporan mengenai pesawat terhempas di kepulauan mereka.

“Kami akan menyiasat, namun kalau ia benar berlaku, tentunya sudah dimaklumkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam. Setakat ini memang tidak ada,” kata Superintenden Rodoleo Jocson.


Bukan prosedur
Sementara itu, sumber daripada petugas kabin pesawat MAS memberitahu Astro AWANI bahawa bukan menjadi prosedur wajib untuk setiap pesawat MAS membawa bendera Malaysia.

“Namun, bendera itu mungkin dibawa sendiri oleh penumpang pesawat. Tidak boleh begitu mudah untuk mengaitkan penemuan sehelai bendera yang lusuh dengan pesawat MH370,” ujar sumber berkenaan.

Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger