Home » » Cabar Zuraida bertanding di Parlimen Tebrau

Cabar Zuraida bertanding di Parlimen Tebrau

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 18 December 2016 | 16:16

JOHOR BAHRU - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dicabar untuk bertanding di Parlimen Tebrau jika beliau benar-benar yakin mampu membantu Pakatan Harapan untuk menawan Johor pada PRU14 nanti.


Cabaran itu dilaungkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berdasarkan kepada 'keberanian' Ahli Parlimen Ampang itu untuk bertanding di mana-mana negeri ini pada PRU akan datang.

Menurut beliau, kerusi Parlimen Tebrau dilihat sesuai kepada Zuraida kerana ia memang milik PKR dan komposisi pengundi di kawasan berkenaan juga agak seimbang dan pastinya ia memberi satu cabaran kepada setiap calon.

"Marilah bertanding di Parlimen Tebrau kerana dia (Zuraida) berkeyakinan mampu untuk mengatasi kekuatan Umno dan BN di Johor. Pemuda Umno Tebrau membuka pintu seluas luasnya kepada Ahli Parlimen Ampang ini.

"Saya nampak kerusi ini paling sesuai untuk Zuraida kerana memandangkan Parlimen Tebrau cukup seimbang dari segi pecahan kaum pengundi," katanya.

Syahrin meluahkan cabaran itu berikutan Ahli Parlimen Ampang itu bersedia melepaskan kerusi Parlimen Ampang yang disandangnya bagi bertanding di mana-mana negeri yang ingin ditawan Pakatan Harapan termasuk Johor pada PRU14.

Zuraida berkata, kejayaan Pakatan Harapan menawan Johor sebagai 'front-line' pada pilihanraya akan datang bermakna kejayaan menawan Putrajaya sekali gus menumbangkan BN.

Namun jelas Syahrin lagi, jika Zuraida 'bimbang' untuk bertanding di kawasan yang pecahan pengundinya seimbang, beliau boleh memilih mana-mana kawasan Parlimen di

Johor yang mempunyai majoriti pengundi Melayu seperti Kota Tinggi dan Pengerang.

"Kalau Zuraida tak berani bertanding di Tebrau, beliau boleh pilih mana-mana kerusi yang majoriti Melayu dan kita boleh lihat nanti macam mana Melayu Johor menerima kehadiran beliau di negeri ini.

"Kalau setakat bercakap di pentas politik, sesiapa pun berani...jadi kalau betul yakin boleh menang di Johor, silakan tinggalkan kerusi Parlimen Ampang dan datang bertanding di negeri kelahiran Umno ini," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger