Home » , » Kedai emas disamun, hanya rugi RM200

Kedai emas disamun, hanya rugi RM200

Written By Gaha Belako on Thursday, 22 December 2016 | 15:52


BACHOK -  Sebuah kedai emas di pekan Bachok bernasib baik apabila hanya rugi RM200 apabila ia dipecah masuk awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pada jam 1.50 pagi tadi pemilik kedai emas yang berada di Subang Jaya telah menerima amaran secara dalam talian melalui telefon bimbitnya dan segera memaklumkan perkara itu kepada isterinya di Kota Bharu.

Beliau berkata, isteri pemilik kedai itu kemudiannya telah membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) melalui telefon bimbit, namun dia mendapati tiada apa yang mencurigakan.

“Jam lebih 3 pagi kemudian sekali lagi sistem penggera keselamatan berbunyi dan namun isteri pemilik kedai emas itu gagal membuat pemeriksaan kali kedua ke atas CCTV secara dalam talian.

“Isteri mangsa kemudiannya terus ke kedai emas dan apabila tiba di lokasi pada jam 3.45 pagi, dia mendapati meja pameran berselerak dan wang tunai RM200 yang disimpan dalam meja kaunter turut hilang. Namun tiada barang kemas yang diusik dalam peti besi,”katanya kepada Sinar Harian.

Azmi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek masuk ke dalam kedai melalui bahagian bumbung di tengah kedai.

Suspek kemudiannya mematikan suis sambungan ke CCTV sebelum mengeledah bahagian meja pameran, namun tidak mengambil sebarang barang kemas.

“Siasatan kami juga mendapati ada saksi yang nampak sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna perak berlegar- legar beberapa kali di kawasan itu pada waktu kejadian.

“Ia dinaiki empat lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,”katanya.
- SINAR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger