Home » , » Lapan GRO Vietnam ditahan dalam Ops Noda

Lapan GRO Vietnam ditahan dalam Ops Noda

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 18 December 2016 | 15:15

Premis ini menggajikan wanita warga asing tanpa permit yang sah.

KLANG - Seramai lapan gadis pelayan pelanggan (GRO) Vietnam dicekup dalam Ops Noda di sebuah premis di Jalan Meru, dekat sini, semalam.

Serbuan hasil risikan dan maklumat itu dijalankan kira-kira jam 11 malam oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan, seorang wanita tempatan sedang berada di kaunter dan mengaku sebagai penjaga premis.

“Kita telah meminta untuk dia mengemukakan lesen perniagaan.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan seramai lapan wanita warga Vietnam berusia lingkungan 20-an disyaki adalah GRO,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, GRO ini telah ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial selain tiada dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, polis turut memeriksa 11 lelaki tempatan merupakan pengunjung premis untuk proses dokumentasi.

“Beberapa barang telah dirampas seperti resit pembayaran, rekoder kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger