Home » » Air empangan Paya Peda dilepaskan ( GAMBAR2 )

Air empangan Paya Peda dilepaskan ( GAMBAR2 )

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 5 January 2017 | 10:02


HULU BESUT -  Pengurusan Empangan Paya Peda, di sini melakukan pelepasan air buat kali pertama sejak beroperasi Januari tahun lalu melalui tiga saluran alur limpah empangan bermula jam 2 petang tadi.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertanian Malaysia, Badrul Hisham Mohd berkata, pihaknya kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) yang diberi tanggungjawab mengendali empangan tersebut  mengambil keputusan melepaskan sebanyak 54 juta meter padu air di empangan itu ke Sungai Besut secara berperingkat.

Menurutnya, kuantiti air yang dilepaskan itu amat sedikit dan tidak akan menjejaskan atau memberi kesan kepada penduduk di kawasan rendah di daerah ini.

“Proses perlepasan air dilaksanakan secara berjadual dan terkawal dengan produser ketat melalui Sungai Anga sebelum memasuki Sungai Besut dan terus ke laut,” katanya  selepas menyempurnakan perlepasan air di empangan tersebut yang terletak di Kampung Padang Bual, semalam.

Hadir sama Pengarah IADA Ketara, Zulkifli Harun.

Badrul Hisham berkata lagi, paras air di empangan tersebut sebelum dilepaskan petang semalam setinggi 54.7 meter dan akan dilepaskan sehingga air berada hanya pada paras 52 meter daripada paras maksimun 56 meter.



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger