Home » , » Banjir: 63 sekolah di Terengganu ditutup

Banjir: 63 sekolah di Terengganu ditutup

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 January 2017 | 21:27

SMK Bukit Payong Jerteh
 banjir tahun 2017
SMK Bukit Payong Jerteh

KUALA TERENGGANU  - Keadaan banjir yang bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan 16,938 murid dan 1,949 guru tidak dapat pergi ke sekolah apabila 63 sekolah di empat daerah di negeri ini terpaksa ditutup.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata jabatan menjangka hanya 24 sekolah sahaja akan ditutup namun hujan lebat berterusansejak semalam menyebabkan lebih banyak laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sebahagian sekolah turut dilanda banjir.

"Daripada 63 sekolah itu, 24 sekolah ditutup di Hulu Terengganu, masing-masing 19 di Besut dan Setiu serta sebuah sekolah lagi terletak di Kemaman," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok sekiranya banjir bertambah buruk di Terengganu. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger