Home » , » Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah

Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah

Written By Berita Setiap Hari on Monday 2 January 2017 | 20:52


KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini semakin bertambah berikutan hujan lebat berterusan dan kadang kala renyai.

Menurut ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan.

Daerah paling banyak yang dipindahkan adalah  di jajahan Pasir Mas melibatkan kawasan Rantau Panjang, Alor Pasir, Gua Periok, Kangkong dan Kubang Gadong dengan 2573 mangsa terdiri daripada 1004 keluarga.

Sementara itu, dua sungai utama iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih melepasi paras bahaya.

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, mencatatkan bacaan 17.55 meter melepasi paras bahaya 16 meter.

Manakala Sungai Golok di Jenub, mencatatkan bacaan 24.03  meter melepasi paras bahayanya 23.50 meter dan Rantau Panjang, 10.35 meter, juga melepasi paras bahaya 9 meter.

Dalam pada itu, sebanyak 30 sekolah menengah dan rendah di Kelantan masih ditutup sejak 1 Januari membabitkan 9,501 pelajar.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger