Home » » Polis mahu panggil Rosmah bantu jejak penjual barang kemas

Polis mahu panggil Rosmah bantu jejak penjual barang kemas

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 27 September 2018 | 03:55


Selepas disiasat hampir 13 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini dijangka akan memberi keterangan kepada polis pula.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, pihaknya memanggil Rosmah bagi membantu siasatan berhubung barang kemas yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

"Rosmah akan dipanggil semula, kerana barang kemas yang dirampas didakwa adalah miliknya.

"kami memerlukan beliau untuk mengenal pasti dan mengesahkan barang kemas berkenaan. Ia dijangka akan mengambil masa yang lama kerana ada banyak barangan dan kami perlu menjejak semula penjual barang kemas berkenaan," katanya dipetik oleh Star Online.
Pada 27 Jun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh mendedahkan bahawa wang dan barangan berharga yang dirampas dari kediaman berkenaan adalah melebihi RM1 bilion.

Amar juga memaklumkan bahawa polis mengambil masa 16 hari untuk mengenal pasti nilai barang kemas berkenaan.

Polis sebelum ini merampas 25 beg mengandungi 12,000 barang kemas, termasuk cincin dan subang berlian yang dianggarkan bernilai RM440 juta.

Dalam laporan eksklusif semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa tukang emas Dubai telah mengirim surat kepada Ketua Polis Negara bagi menuntut barang kemas bernilai AS$5 juta yang didakwa diserahkan kepada Rosmah.

Barang kemas daripada Adi Hasan AlFardan (AlFardan) itu termasuk seutas rantai yang diperbuat daripada 56 "berlian kuning" berbentuk hati.

Kos rantai berlian berkenaan termasuk kos pengubahsuaian seperti diminta Rosmah dikatakan bernilai AS$2.248 juta.
--MALAYSIAKINI--
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger