SPRM saran hukuman sebat ke atas perasuah
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 28 September 2018 | 01:04
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini mencadangkan kepada kerajaan agar mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah.
Shukri yang dibawa semula ke suruhanjaya itu selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada bulan Mei lalu, berkata tindakan berkenaan diharap mampu menjadi pengajaran kepada mereka yang mahu melakukan rasuah.
“Saya ini seorang yang cukup benci rasuah. Saya cukup allergic dengan orang terlibat rasuah.
“Kalau Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata kalau boleh hukum bunuh, nak hukum bunuh, saya sokong.
“Di China memang jalan hukuman bunuh. Tapi di Malaysia tidaklah sampai tahap itu. Malaysia pun sekarang sedang hapuskan (hukuman) bunuh untuk kesalahan lain,” katanya selepas menjadi tetamu program temubual di Radio Bernama dekat Wisma Bernama di Kuala Lumpur.
Shukri berkata bahawa undang-undang anti rasuah yang sedia ada hanya memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah.
“Bagi saya kalau minta pandangan, patut bagi hukuman sebat untuk bagi pengajaran kepada pelaku (rasuah) dan orang ramai. Saya nak syor pada kerajaan kalau setuju,” katanya.
Di bawah Akta SPRM 2009, hukuman bagi sebarang kesalahan berkaitan rasuah adalah maksimum 20 tahun penjara dan denda minimum RM10,000, atau lima kali ganda nilai suapan (yang mana lebih tinggi).
--malaysiakini--
Share this article :
Related Articles
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
- Musuh Islam cuba hapuskan kesedaran berpolitik golongan muda Melayu – Hadi
- PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding sembilan kerusi Parlimen, 35 DUN
- Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional
- Dakwa tak faham, Awang minta Tiong berhenti menggulung
- Pemandu lori ancam bunuh PMX dipenjara 6 bulan
Labels:
Politik