Home » » Laporan khas impak banjir dikeluarkan minggu depan

Laporan khas impak banjir dikeluarkan minggu depan

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 20 January 2022 | 04:19

 


KUBANG PASU - Dokumen laporan khas impak banjir yang melanda negara pada Disember lalu dijangka akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada minggu hadapan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, hasil survei impak itu kini berada pada peringkat akhir sebelum diserahkan kepada kerajaan.

Katanya, survei berkenaan dijalankan seawal seminggu selepas bencana banjir berlaku dan melibatkan 50 daerah di seluruh negara.

"Survei ini turut dijalankan bersama beberapa agensi Persekutuan dan negeri yang terlibat dalam mendaftarkan mangsa banjir dan penyaluran bantuan," katanya ketika ditemui di Program Sesi Bersama Komuniti di Kampung Wang Tepus, Jitra di sini pada Khamis.

Menurutnya, setakat ini berdasarkan dapatan awalan kerugian impak banjir ini dianggarkan mencecah antara RM5.3 hingga RM6.5 bilion.

"Daripada jumlah itu, kita pecahkan kepada aset awam dan infrastruktur RM2 bilion, tempat kediaman RM1.2 hingga RM1.4 bilion dan kenderaan RM1.3 bilion.

"Selain itu, pembuatan RM800 juta hingga RM1 bilion, premis perniagaan RM600 juta dan pertanian RM49.9 juta.

"Tetapi masa kita keluarkan dapatan awalan ini ada banjir yang masih belum berakhir itu sebab kita letak 'range' tersebut. Angka sebenar kita akan umumkan secara rasmi nanti," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Uzir yakin impak banjir kepada ekonomi sangat minimun berikutan limpahan air berlaku di kawasan perumahan.

"Insya-ALLAH (banjir) ini juga tidak akan melibatkan peningkatan dalam pengangguran dan sebagainya," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/184006/EDISI/Laporan-khas-impak-banjir-dikeluarkan-minggu-depan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger