Home » » Tebus baucar Perlindungan Tenang RM75 mulai hari ini

Tebus baucar Perlindungan Tenang RM75 mulai hari ini

Written By Berita Setiap Hari on Friday, 15 July 2022 | 06:00



KUALA LUMPUR - Bermula hari ini, penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak boleh menebus Baucar Perlindungan Tenang (PVT) RM75 mereka dengan hanya RM5, manakala baki RM70 akan ditanggung kerajaan bagi membolehkan penerima menikmati manfaat perlindungan insurans/takaful.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata, caruman RM5 itu adalah sebahagian daripada premium insurans atau sumbangan takaful penerima untuk pelan perlindungan Perlindungan Tenang.

"Sumbangan RM5 untuk penebusan RM75 PTV adalah keperluan baharu untuk meningkatkan lagi pemahaman penerima BKM tentang pelan perlindungan Perlindungan Tenang dan memastikan penerima BKM mengetahui sepenuhnya tentang pelan insurans/takaful yang mereka beli atau sertai,” kata kenyataan itu.

Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV di www.myptv.my.

"Mereka juga dinasihatkan untuk memahami butiran dalam produk perlindungan yang mereka ingin beli/sertai dan memberikan persetujuan yang jelas untuk pembelian produk menggunakan baucar itu,” tambahnya.

Sejak pengenalan PTV pada September 2021, inisiatif tersebut telah memanfaatkan 1,705,687 orang pada tahun itu sahaja.

Sehingga akhir Jun 2022, sejumlah 2,881,444 baucar telah ditebus yang menyumbang kepada peningkatan penembusan perlindungan insurans dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

"Berikutan maklum balas daripada orang ramai, industri ingin mengulangi komitmennya untuk memastikan produk insurans/takaful yang dijual dilaksanakan dengan cara pengguna diberi maklumat sewajarnya mengenai produk tersebut dan persetujuan individu diperoleh,” kata kenyataan bersama itu.
-sinar

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger