Home » » Dua beranak Rohingya cedera dibakar

Dua beranak Rohingya cedera dibakar

Written By Bp Channel on Tuesday 12 March 2024 | 23:24

 


KUALA LUMPUR - Dua beranak etnik Rohingya melecur selepas dibakar dua lelaki warga asing di padang permainan Kampung Cheras Baru, Cheras di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian pada jam 10.30 malam, mangsa telah pergi ke padang permainan itu untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun.


"Wanita itu kemudian terserempak dengan dua lelaki yang dikenali dalam keadaan mabuk, salah seorang suspek telah menyuruh mangsa membelikan petrol dan diisi ke dalam botol.

"Setelah mangsa menyerahkan botol yang berisi petrol kepada suspek, kedua-dua suspek bertindak menyimbah petrol serta membakar mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zam Halim berkata, mangsa melecur sebanyak 30 peratus di muka dan badan, manakala anaknya mengalami cedera ringan.

"Mangsa yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu masih dirawat di hospital," katanya.

Beliau berkata, susulan daripada kejadian itu suami mangsa berusia 32 tahun telah membuat laporan polis pada jam 1.34 petang, Ahad.

"Kedua-dua suspek berusia 26 dan 35 tahun itu telah dikenal pasti, polis kini sedang giat mengesan suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya. -sinar

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger