Baru-baru ni min ade tengok video drpd live Ameng Spring yang berkongsi cerita tentang kesakitan ketika hukuman sebatan dijalankan.
Kebiasaannya kita dpt tgk video sebatan ke patung dengan gambar lebih jelas , tapi min teringat zaman2 3gp dulu pernah ada video proses sebat dijalankan dan min 'relate' kan dengan situasi ketika min menyaksikan hukuman ni.
Kita mulakan dengan Hakim menjatuhkan hukuman di mahkamah. Antara hukuman yang biasa adalah hukuman penjara , sebatan atau dan denda.
Ada kes contohnya hukuman sebat tidak dpt dijalankan sepenuhnya atas faktor kesihatan maka hukuman penjara akan ditambah mengikut kira2 yang telah ditetapkan.
Proses sebat ini akan dijalankan setelah hukuman dijatuhkan oleh mahkamah dan pesalah dimasukkan ke dalam penjara.
๐๐๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ ๐ข๐ฅ๐ข๐ซ๐๐ง.
Sebelum hukuman sebat dijalankan, Doktor akan buat pemeriksaan di klinik dalam penjara ( Rumah Sakit Dalam - RSD ) utk mengesahkan tahap kesihatan yang membolehkan hukuman sebat dijalankan.
๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฌ๐๐๐๐ญ.
Banduan biasanya berkongsi pengalaman sesama mereka tentang hukuman sebat, ini menambahkan lagi kegusaran. Pernah min tengok ada yang panaskan punggung mereka diatas simen yang terdedah dengan cahaya matahari kononnya untuk buat kulit lebih tahan / kalis rasa. Tahap keberkesanan belum diketahui.
๐๐๐ซ๐๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ ๐ข๐ฅ๐ข๐ซ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ญ.
Banduan akan memakai seluar seperti cawat yang menutup dibahagian depan dan terdedah dibahagian belakang. Duduk beratur mengikut giliran nama ditepi bilik / ruang hukuman sebat dijalankan. Mereka tidak dapat melihat hukuman sebat tapi dapat mendengar jeritan rakan mereka yang mendahului hukuman.
๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐๐ก ๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐๐ง.
Pegawai akan memanggil dan menyemak jumlah sebatan dan difahami dan dipersetujui banduan. Turut hadir ialah Doktor, pegawai undang-undang dan beberapa pegawai penjara sebagai saksi.
๐๐ฎ๐ฅ๐๐ค๐๐ง ๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ญ.
Banduan akan diikat pada palang kayu berbentuk A dan rentangan kayu T . Turut diletakan canvas di bahagian punggung bagi mengelakkan miss sebatan terkena bahagian badan yang lain.
Pegawai sebat yang bertauliah akan menjalankan sebat mengikut masa sendiri dengan kiraan jelas. Turut membantu beberapa pegawai memegang banduan dan menenangkan keadaan. Bagi yang beragama Islam akan disuruh mengucap kalimah syahadah sebelum hukuman dijalankan.
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง๐ค๐๐ง.
Apabila rotan yang dah direndam dengan cecair khas mengena bahagian punggung yang terdedah , kita akan lihat otot punggung itu bergetar dengan sendirinya menghadap tekanan yang diberikan rotan. Teknik rotan sebenarnya bukannya memukul di permukaan tetapi menghiris dengan daya penuh sang penyebat.
๐๐๐ซ๐ข๐ญ๐๐ง ๐ค๐๐ฌ๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ง.
Ameng Spring kongsikan bahawa ketika sebat dijalankan , sakitnya bermula di kaki dan kemudiannya naik ke kepala. Jeritan Allahuakbar turut didengari banduan lain yang menunggu giliran dibilik sebelah.
Pernah satu pengalaman min , banduan yang tidak beragama Islam menjalani hukuman , jeritan awal adalah menyebut Ammaa , Appaaa dan bila dah jalan beberapa rotan , banduan tersebut menyebut "ALLAH" , min tak silap dengar. Kesakitan itu benar-benar dirasai.
Jumlah rotan paling banyak min saksikan ialah 20 lebih rotan dijalankan. Tukang Sebat akan berkongsi agihkan tugas. Kes rogol anak sendiri. Banduan berbadan gempal dan Doktor benarkan kerana faktor kesihatan masih meluluskan. Jika masih ada baki yang belum dijalankan dan Doktor mengesahkan banduan tersebut tidak mampu untuk terima sebat , baki hukuman akan dijalankan pada sesi kemudian.
Pegawai perubatan akan menyediakan ubat sapu untuk membantu kesembuhan luka sebat tersebut.
๐๐ข๐ฉ๐๐ฉ๐๐ก ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐ซ๐จ๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ญ.
Ameng berkongsi beliau dipapah rakan warga asing yang menerima 1 sebatan untuk kembali ke blok dan bilik kerana tidak mampu untuk berjalan. Hampir sebulan tidur secara meniarap dan mengiring. Ada yang kembali menjemur luka ditengah panas dengan harapan cepat sembuh.
๐๐ฎ๐ค๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข ๐ค๐๐ฉ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐ข๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ ๐๐ซ.
Ameng juga berkongsi bahawa luka tersebut akan kering dan kelihatan seperti daging burger yang digoreng. Kepingan tersebut akan kering dan akan jatuh dengan sendirinya.
Pengalaman sebat bukan sahaja mengingatkan akan kesakitan , tetapi juga memberi iktibar supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
Perkongsian proses hukuman ini walaupun mungkin tidak dapat memberikan rasa sakit kepada kita, harapnya sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan dan seterusnya mengelakkan kita melakukan kesalahan dalam masyarakat.
@dolspodcast Ameng kena 10 sebatan di penjara, sebatan ke 4 rasa dah mati. Layan Episod 98, di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks #DolsPodcast @shuibsepahtu @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan ♬ original sound - Dol’s Podcast
