Home » » Remaja 19 tahun suspek kes bunuh 61 tikaman dijangka didakwa dalam masa terdekat

Remaja 19 tahun suspek kes bunuh 61 tikaman dijangka didakwa dalam masa terdekat

Written By Bp Channel on Tuesday, 5 May 2026 | 20:17

 


KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 19 tahun yang merupakan suspek utama dalam kes seorang gadis maut 61 tikaman sebelum ditinggalkan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Seorang lagi suspek yang juga berusia 19 tahun akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini, siasatan kes tersebut sudah 70 peratus selesai. Kita akan serahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan sebaik sahaja semuanya siap,” katanya ketika dihubungi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, dibunuh dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu.

Mohd. Yusoff berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati, ada sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.

Sehubungan itu, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas direman bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut

Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid membenarkan dua lelaki berusia 19 tahun masing-masing menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga Jumaat ini.

Pasangan suami isteri berusia 66 tahun dan 60 tahun yang ditahan reman selama tiga hari bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad lalu.  >SUMBA BERITA<

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger