BERITA TERKINI
Showing posts with label Laporan Banjir. Show all posts
Showing posts with label Laporan Banjir. Show all posts

Laluan Jerteh Keruak masih lagi di tutup ( GAMBAR DAN VIDEO)

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 4 January 2017 | 02:02


Besut - Lalauan Jerteh ke keruak masih lagi ditutup untuk semua kenderaan ringgan. laluan yang ditutup di sempadan kg bekok kg batu 13. lalaun itu di tengelami banjir sedalam 1 meter, semantara itu menteri besar terengganu juga turut turun ke besut melawat mangsa mangsa banjir terutamanya di kawasan kawasan kritikal seperti di kg la, kg bukit payong dan beberpa buah kg yang terlibat Hulu Besut.

Bomba bantu pindahkan 4 mangsa banjir

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 2 January 2017 | 23:26


TANAH MERAH - Wanita mengandung lapan bulan antara empat mangsa banjir di Kampung Kusial Baru yang dipindahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu operasi menyelamat, di sini, hari ini.

Nursharifa Nasron yang hamil anak sulung dipindahkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dalam operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Turut dipindahkan ibu Nursharifa, Bidah Hassan, 80, yang mengalami sakit tua, Siti Fatimah Jabar, 56, yang menghidap darah tinggi dan sakit lutut serta penghidap penyakit angin ahmar, Rogayah Awang, 70.

Rogayah berkata, dia terpaksa meminta bantuan bomba untuk keluar dari rumahnya yang kini terkeoung banjir kerana perlu hadir temu janji dengan doktor bagi rawatan penyakitnya di Kota Bharu, esok.

"Makcik keluar awal sebab bimbang esok air banjir makin naik, lagi sudah nak keluar," katanya yang hanya tinggal berdua bersama suaminya, Yusoff Salleh, 71.

Menantu Siti Fatimah, Mohd Sopi Ali, 47, pula berkata, ibu mentuanya dipindahkan lebih awal kerana bimbang keadaan banjir bertambah teruk.

"Sekarang ini, rumah dia sudah terkepung dan jadi macam pulau kerana dikelilingi air. Kami akan bawa dia ke rumah saya di Machang," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd berkata, operasi disertai tiga anggota balai berkenaan dan dua anggota bomba sukarela.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Disagarmani Mustafa itu mengambil masa agak lama kerana banyak halangan untuk masuk ke kampung berkenaan.

"Pasukan operasi bertolak dari Chekok Ipoh dan terpaksa melalui kawasan ladang kelapa sawit untuk sampai ke lokasi," katanya.

Jalan dinaiki air, penduduk terputus hubungan


HULU BESUT - Lebih 10,000 penduduk di kawasan ini terputus hubungan apabila beberapa jalan menghubungkan Keruak,Hulu ke Jerteh ditenggalami sejak malam tadi.

Sekretariat Pengurusan  Bencana Daerah Besut, Mohd Suhaimi Awang berkata, jalan di Kampung La dan Jerebun di sini ditutup untuk kenderaan ringan sejak jam 8.45 malam.

Menurutnya lagi, namun susulan  hujan semakin lebat sejak malam semalam menyebabkan paras air sungai meningkat menyebabkan jalan dari Kampung Jerebun ke Keruak tidak boleh dilalui semua kenderaan  berikutan paras air sedalam kira-kira 2 meter.

"Pada masa sama seramai 1,158 orang membabitkan 301 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan setakat jam 1.45 petang ini" katanya.

Mohd Suhaimi berkata lagi, besar kemungkinan lebih ramai mangsa akan dipindahkan sekiranya hujan  lebat sehingga ke petang.

Sementara itu semua agensi termasuk pertubuhan sukarela telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
BACA JUGA > UPDATED TERKINI BANJIR BESUT 2017

Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah


KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini semakin bertambah berikutan hujan lebat berterusan dan kadang kala renyai.

Menurut ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan.

Daerah paling banyak yang dipindahkan adalah  di jajahan Pasir Mas melibatkan kawasan Rantau Panjang, Alor Pasir, Gua Periok, Kangkong dan Kubang Gadong dengan 2573 mangsa terdiri daripada 1004 keluarga.

Sementara itu, dua sungai utama iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih melepasi paras bahaya.

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, mencatatkan bacaan 17.55 meter melepasi paras bahaya 16 meter.

Manakala Sungai Golok di Jenub, mencatatkan bacaan 24.03  meter melepasi paras bahayanya 23.50 meter dan Rantau Panjang, 10.35 meter, juga melepasi paras bahaya 9 meter.

Dalam pada itu, sebanyak 30 sekolah menengah dan rendah di Kelantan masih ditutup sejak 1 Januari membabitkan 9,501 pelajar.

UPDATED LAPORAN TEKINI SITUASI BENCANA BANJIR BESUT TERENGGANU


lAPORAN TERKINI BANJIR DI TERENGGANU 2017
*(A) DAERAH BESUT*
Assalamualaikum & Salam Sejahtera YB DSSK/YAS Datuk/Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
TARIKH : 03.01.2017
MASA : 1200 noon
1. *Dewan Serbaguna Kampung Keruak*
Tarikh buka: 2/01/2017
Masa buka : 1900pm
Jumlah keluarga: 35
Lelaki Dewasa : 53
Perempuan Dewasa : 45
Kanak-kanak lelaki : 26
Kanak2 perempuan: 24
Jumlah : 148

2. *Masjid Kg La*
Tarikh buka : 2/01/2017
Masa buka :1930
Jumlah keluarga: 56
Lelaki dewasa: 73
Perempuan dewasa:67
Kanak2 lelaki: 44
Kanak2 perempuan: 35
Jumlah : 219

3. *surau kg Seberang La*
Tarikh buka : 3/1/17
Masa buka : 0400 am
Jumlah keluarga : 5
Lelaki dewasa :8
Perempuan dewasa : 5
Kanak2 lelaki : 3
Kanak2 perempuan : 6
Jumlah : 22 org

4. *GPW Felda Tenang*
Tarikh buka : 3/1/17
Masa buka : 0500 am
Jumlah keluarga : 9
Lelaki dewasa : 9
Perempuan dewasa : 8
Kanak2 lelaki : 2
Kanak2 perempuan : 2
Jumlah : 21

5. *Surau kg berangan*
Tarikh buka :3/1/17
Masa buka : 0230 am
Jumlah keluarga : 4
Lelaki dewasa : 8
Perempuan dewasa : 7
Kanak2 lelaki : 12
Kanak2 perempuan : 1
Jumlah : 28

6. *sk. La*
Tarikh buka : 3/1/17
Masa buka :0400 am
Jumlah keluarga :11
Lelaki dewasa : 21
Perempuan dewasa : 18
kanak2 lelaki : 8
Kanak2 perempuan :2
Jumlah : 49

7. *Dewan terbuka kg. Belaoh*
Tarikh buka :3/1/17
Masa buka : 0230 pm
Jumlah keluarga : 17
Lelaki dewasa :24
Perempuan dewasa :29
Kanak2 lelaki : 7
Kanak2 perempuan : 4
Jumlah : 64
8. *Masjid kg padang bual*
Tarikh buka : 3/1/17
Masa buka :0700 am
Jumlah keluarga : 46
Lelaki dewasa : 55
Perempuan dewasa :51
Kanak2 lelaki :23
Kanak2 perempuan :13
Jumlah : 142

9. *Masjid kg bukit payung*
Tarikh buka : 3/1/17
Masa buka : 0900 am
Jumlah keluarga :10
Lelaki dewasa :17
Perempuan dewasa :16
Kanak2 lelaki:4
Kanak2 perempuan :8
Jumlah :45

10. *surau bukit mali*
Tarikh buka : 3/1/17
Masa buka : 0930 am
Jumlah keluarga :2
Lelaki dewasa : 1
Perempuan dewasa : 4
Kanak2 lelaki : 2
Kanak2 perempuan : 1
Jumlah : 8

11. *masjid kg oh jabi*
tarikh buka : 3/1/17
masa buka : 1000 am
jumlah keluarga : 3
lelaki dewasa : 1
perempuan dewasa :3
kanak2 lelaki :1
kanak2 perempuan :3
jumlah : 8

12. *balairaya serbaguna durian telor*
Tarikh buka : 3/1/17
masa buka : 1030 am
jumlah keluarga :6
lelaki dewasa :5
perempuan dewasa :8
kanak2 lelaki :4
kanak2 perempuan :3
jumlah :20
Catatan: hujan lebat
*Jumlah mangsa banjir 794*
*Jumlah PP: 12*
*Jumlah keluarga: 215*
* 0600-jalan jerubun tidak boleh dilalui
* 2045- jln kg la,jerebun,gong duek ditutup utk semua kenderaan.
* simpang 3 sk. Pasir Akar dibuka utk kenderaan berat shj
* jalan kg. Amer-paras jaga-jaga.
*1 pusat pemindahan surau peringkat 5 masih dikemaskini*
* jln chegar batang - ditutup utk kenderaan ringan.
Oleh Sekretariat JPBD Besut
Lt.M(PA) Mohd Suhaimi Bin Awang@Muhammad


KLIK  >>> SINI UNTUK GAMBAR2 BANJIR DI BESUT

Gambar gambar banjir terkini di besut tahun 2017


BESUT -, hujan lebat yang turun dari semalam menyebabkan beberpa buah sekolah di hulu besut terpaksa di tutup antaranya sk pasir akar, sk seri payong, smk bukit payong dan sk la.

Hasrat 15 guru nak mengajar terbantut

Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 1 January 2017 | 21:27


KUALA BESUT - Hasrat 15 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian untuk pergi mengajar di sekolah tersebut terbantut kerana mereka terkandas di jeti pelancong Kuala Besut akibat ketiadaan bot yang beroperasi ke pulau tersebut berikutan keadaan ombak besar semalam.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan berkata, mereka tidak dapat ke sana berikutan larangan ke atas bot kecil beroperasi memandangkan keadaan laut bergelora yang berbahaya kepada pemandu dan penumpang bot.

Menurutnya, bagaimanapun sekolah tersebut dibuka seperti biasa pada hari pertama penggal persekolahan baru hari ini memandangkan telah terdapat dua guru di sekolah dan mereka mengajar murid sekolah secara berkelompok.

“Pihak kami membuat permohonan mendapatkan khidmat Jabatan Laut untuk menghantar guru terbabit ke pulau itu dengan menggunakan kapal lebih besar bagi memastikan operasi di sekolah tersebut berjalan seperti biasa dengan secepat mungkin.

“Jika tidak ada halangan esok (hari ini), guru-guru tersebut akan dapat pergi bertugas semula ke pulau itu dengan bantuan jabatan tersebut,” katanya ketika menemui guru-guru SK Pulau Perhentian yang terkandas di jeti pelancong di sini hari ini.

Ab Halim turut meninjau operasi hari pertama di beberapa buah sekolah di daerah ini pagi semalam antaranya SK Kampung Raja.

Menurutnya, bilangan keselurihan pelajar sekolah menengah dan rendah yang mendaftar bagi tahun ini adalah seramai 29,459 termasuk 18,142 murid sekolah rendah.

“Daripada jumlah itu seramai 2,858 murid  Tahun Satu mendaftar di 54 buah sekolah di daerah ini ini sementara pelajar Tingkatan 1 seramai 2,156 di 20 buah sekolah menengah,” katanya.

Ab Halim berkata, semua sekolah dibuka semalam walaupun pada petang kelmarin Sekolah Kebangsaan La dan Felda Tenang di Hulu Besut turut dijadikan pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, berikutan keadaan banjir semakin pulih dan mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing menyebabkan tidak ada halangan sekolah dibuka apatah lagi guru-guru tidak terputus hubungan datang bertugas kerana semua jalan sudah boleh dilalui semua kenderaan.

4,062 mangsa dipindah ke 52 pusat pemindahan

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 31 December 2016 | 18:00


KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Terengganu bertambah pagi ini kepada 4,062 mangsa berbanding 3,292 mangsa setakat pukul 10 malam tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, terdapat sembilan pusat pemindahan baharu dibuka yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 pusat pemindahan dibuka setakat pukul 8 pagi ini.

Pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmood ketika dihubungi Bernama berkata, sehingga kini sejumlah 1,244 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri ini awal pagi semalam.

"Hulu Terengganu terus mencatat peningkatan jumlah mangsa dengan penambahan tiga pusat pemindahan baharu menjadikan jumlah ketika ini ialah 2,268 mangsa dari 789 keluarga yang berada di 24 pusat pemindahan.

"Seterusnya diikuti daerah Kemaman (595 mangsa dari 141 keluarga), Marang (491 mangsa dari 128 keluarga),  Besut (299 mangsa dari 72 keluarga), Setiu (296 mangsa dari 87 keluarga) dan Dungun (113 mangsa dari 27 keluarga)," katanya.

Selain itu tiga sungai di Terengganu kini telah melepasi paras bahaya manakala empat sungai mencatat bacaan melebihi paras berjaga-jaga.

Menurut laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu di portal publicinfobanjir.water.gov.my, tiga sungai yang melebihi paras bahaya ialah Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu iaitu 20.59 meter berbanding paras bahaya 20.00 meter, Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu 21.68 meter berbanding paras bahaya 21.50 meter dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan iaitu 3.89 meter berbanding paras bahaya 3.00 meter.

Menurut portal itu, dua sungai di daerah Besut pula telah melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Besut di Kampung La iaitu 20.38 meter berbanding paras berjaga-jaga 19.8 meter dan Sungai Besut di Jambatan Keruak iaitu 33.24 meter melebihi paras berjaga-jaga 33.00 meter.

Dua sungai lain ialah Sungai Chalok di Setiu setinggi 7.30 meter berbanding paras berjaga-jaga 7.00 meter dan Sungai Dungun di Kuala Jengah iaitu 19.74 meter berbanding paras berjaga-jaga 19.50 meter.

Bagaimanapun kesemua sungai itu kini mencatat trend penurunan kecuali Sungai Chalok di Setiu yang terus mencatat peningkatan paras air. - Bernama

Trauma: Penduduk segera berpindah


KUALA KRAI - Trauma menghadapi banjir besar pada Disember 2014 membuatkan penduduk di kawasan rendah di Kuala Krai segera berpindah ke pusat pemindahan apabila kawasan perkampungan mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Beberapa mangsa banjir yang ditemui Bernama memberitahu mereka tidak mahu lagi berpindah pada saat-saat akhir seperti banjir 2014 kerana ia seolah-olah menggadai nyawa sendiri.

Antara kampung yang dilanda banjir ialah Kampung Keroh, Kampung Bedal dan Guchil, menyebabkan penduduk berpindah secara berperingkat mulai pukul 8 pagi tadi ke pusat pemindahan.

Seorang penduduk Khadtijah Mohd Noor, 60, dari Kampung Bedal, berkata beliau dan empat orang anaknya yang berusia 15 hingga 20 tahun berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh pada 9 pagi tadi ketika air naik paras lutut di kawasan rumahnya.

"Malam tadi, apabila rumah saya dinaiki air sehingga paras lutut, kami mula melakukan persiapan untuk berpindah ke sini (SMK Keroh) dengan membawa dokumen penting dan sedikit kelengkapan penting lain," katanya kepada Bernama hari ini.

Khadtijah berkata, beliau sekeluarga berpindah ke SMK Keroh dengan menaiki perahu yang disediakan anggota keluarganya sebagai persiapan menghadapi banjir kerana kampung itu adalah antara kawasan teruk terjejas ketika banjir dua tahun lepas.

Sementara itu, warga emas Bidah Daud, 71, berkata suasana pemindahan kali ini membuatkannya mengingati kembali musibah banjir dua tahun lepas.

"Saya datang ke sini lebih awal dengan menumpang perahu orang kampung pada 7 pagi tadi ketika air naik sehingga paras lutut di kawasan rumah saya.

"Saya bimbang jika tidak berpindah awal, ia akan menyukarkan saya menyelamatkan diri kerana saya hanya tinggal seorang sahaja di rumah. Saya tiada anak dan suami," katanya.

Sementara itu, Suhaimi Yunos, 47, yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bedal berkata, beliau mula menyelamatkan barangan penting sejak 5 pagi hari ini.

"Saya mengalihkan kereta ke kawasan lebih tinggi iaitu di tepi jalan raya yang terletak 100 meter dari rumah ketika air mula memenuhi kawasan rumah.

"Pada 7 pagi, saya dan isteri serta tiga anak membuat persiapan untuk berpindah ke pusat pemindahan... pada 9 pagi, kami sekeluarga ke pusat itu," katanya sambil memberitahu beliau tidak mahu menunggu di saat-saat akhir untuk berpindah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung sejak 8.30 pagi tadi menyatakan kawasan kediaman mereka dinaiki air sambil meminta bantuan untuk dipindahkan ke pusat pemindahan.

Beliau berkata, sikap penduduk yang mahu segera perpindah itu memudahkan usaha pihak berkuasa dalam operasi menyelamat.

Setakat ini, seramai 263 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di daerah Kuala Krai.

Tinjauan Bernama mendapati Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Sungai Durian di sini, mengalami kesesakan teruk berikutan air melimpahi jalan di kawasan berkenaan. - Bernama

Tiga sekawan nyaris maut, dihanyutkan arus banjir


HULU TERENGGANU - Dua beradik bersama seorang rakan mereka nyaris lemas dihanyutkan arus deras ketika sedang bermain air banjir menggunakan pelampung bersama tiga lagi rakan lain di sungai Kampung Bukit Kolam, Ajil, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Muazam Shah Mahadi, 20, dan adiknya, Mohd Muqri Shah, 15, serta Ariffuddin Che Yen, 22, dipercayai secara tiba-tiba dibawa arus bersama pelampung manakala tiga yang lain sempat berpaut pada palang besi.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dijumpai pasukan penyelamat ketika berjalan di tepi sungai untuk naik ke tebing sekitar jam 1.10 petang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Zuraidi Mohd Yusof berkata, pihaknya digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira jam 12 tengah hari berhubung perkara itu bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Ketiga-tiga mereka ditemui selamat ketika sedang berjalan kaki naik ke tebing menuju ke jambatan iaitu kawasan lokasi. Mangsa merupakan penduduk di kampung ini dan kejadian dipercayai berlaku sewaktu mereka sedang bermain pelampung di sungai.

“Dalam musim tengkujuh begini, orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan mengawasi pergerakan anak-anak mereka daripada bermain air banjir berikutan paras air sungai naik mendadak selain arusnya yang laju,” katanya.

33 sekolah ditutup pada hari pertama esok


KUALA TERENGGANU - Lebih 1,000 pelajar di 33 sekolah di lima daerah di Terengganu tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2017 esok berikutan banjir sejak awal pagi tadi.  

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan dan tiga sekolah menengah dilanda banjir.  

"Enam sekolah di Hulu Terengganu yang dilanda banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.  

Sebanyak 16 sekolah lain di Hulu Terengganu pula tidak dapat beroperasi esok kerana laluan ke sekolah ditenggelami air iaitu SK Padang Setebu, SK Sungai Berua,  SK Sungai Buloh, SK Kuala Jenderis, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Nibong, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, SMK Menering dan SMK Kuala Jenderis.  

Di Marang, SK Sentol Patah turut dilanda banjir manakala empat sekolah lagi tidak boleh beroperasi esok kerana dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir iaitu SK Kubu, SK Pengkalan Berangan, SK Bukit Gasing dan SMK Merchang, katanya.    

"Di daerah Kuala Terengganu pula, tiga sekolah terpaksa ditutup kerana dinaiki air iaitu SK Kampung Bukit di Chendering, SK Undang dan SK Padang Midin.  

"Di daerah Setiu, dua sekolah ditutup esok iaitu SMK Langkap yang dijadikan pusat pemindahan banjir dan SK Merbau Menyusut kerana dinaiki air manakala sebuah sekolah di Dungun yang dinaiki air ialah SK Seri Paka," katanya.    

Sehubungan itu, Shafruddin meminta ibu bapa supaya lebih prihatin dengan perkembangan terbaharu banjir dan mendapatkan maklumat mengenai keadaan sekolah anak mereka.  

"Sekolah hanya beroperasi semula apabila banjir reda dan keadaan pulih seperti biasa," katanya.    

Terengganu mengalami hujan setiap hari sejak minggu lepas dan semakin lebat mulai semalam. - Bernama

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat


KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,872 orang daripada 524 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 1,067 orang daripada 258 keluarga 6 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan itu ditempatkan di 17 pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

"Kini (sehingga 9 malam) terdapat 654 mangsa di 10 pusat pemindahan di Kuala Krai, 1,046 orang di lima pusat pemindahan di Jeli dan 172 orang di dua pusat pemindahan di Tanah Merah," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau menjangkakan jumlah itu kemungkinan meningkat lagi sehingga tengah malam ini kerana operasi memindahkan mangsa banjir di tiga daerah itu masih berjalan.

Zainuddin berkata, dua pusat pemindahan yang baharu dibuka di Kuala Krai iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sok dan SK Banggol Guchil.

Beliau berkata anggota APM bersama agensi lain akan terus bekerjasama memastikan operasi memindahkan mangsa banjir berjalan lancar.

Katanya, setakat ini hanya sebatang jalan utama menghubungkan Kuala Krai dan Kota Bharu di Sungai Durian, Kuala Krai ditutup kepada kenderaan ringan berikutan air yang naik setinggi kira-kira 0.5 meter.

Sementara itu empat batang sungai utama di Kelantan terus menunjukkan peningkatan paras air sehingga 9 malam ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Sungai Galas di Dabong meningkat kepada 36.63 meter berbanding 36.27 meter petang tadi. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38 meter.

Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 32.57 meter berbanding 31.77 meter petang tadi (paras amaran 35 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pada paras 24.84 meter berbanding 24.02 meter petang tadi (paras amaran 25 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang turut meningkat kepada 7.72 meter berbanding 7.49 meter petang tadi (paras amaran 9 meter).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger