BERITA TERKINI
Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Toshiba perkenal Chromebook

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 1 February 2014 | 19:36


Toshiba secara rasminya memperkenalkan Chromebook pertamanya dengan nama Toshiba Chromebook. Produk didatangkan dengan saiz 13.3 inci dan skrinnya mempunyai resolusi 1366x768 piksel.

Seperti Chromebook lainnya, Toshiba Chromebook menggunakan sistem operasi Chrome. Chromebook keluaran Toshiba bakal dijual dengan harga sekitar AS$280 (RM868).
Beroperasi dengan prosesor Intel Celeron 2955U, rekaan ini turut dilengkapi dengan RAM berkapasiti 2GB. Selain itu juga mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 16GB.

Ciri lainnya termasuklah dua port USB 3.0, port HDMI, slot kad SD, wi-fi serta Bluetooth. Chromebook hadir dengan papan kekunci bersaiz penuh.

Chromebook tidak mempunyai fungsi skrin sentuh, dan sebagai pengganti untuk menarik perhatian pengguna, Toshiba menawarkan bateri yang mampu bertahan sehingga sembilan jam.

Teknologi Terkini Ubah Mayat Jadi Berlian

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 23 December 2013 | 18:56


Geneva: Sekiranya anda tidak dapat melepaskan orang yang anda sayang, peluk saja mereka.

Sebuah syarikat Switzerland dapat membantu anda untuk memastikan orang yang anda sayang itu terus berada bersama anda.

Syarikat itu pakar dalam mengubah mayat menjadi berlian.

Dalam kes terbaru, seorang lelaki berusia 15 tahun yang kematian anaknya yang masih muda kini boleh memeluknya, dalam bentuk berlian, lapor akhbar tempatan, The Local.


Apabila anaknya yang berusia 20 tahun terbunuh dalam satu kemalangan kereta, mayatnya dibakar supaya abunya boleh diubah menjadi berlian. Kes itu adalah pertama seumpamanya di Itali.


“Berlian’ itu dihasilkan dengan menapis karbon yang ditemui dalam abu mayat berkenaan sebelum dibakar menggunakan suhu yang sama panas dengan gunung berapi, bagi menghasilkan berlian tiruan.

Kos untuk memproses itu ialah antara RM15,800 hingga RM59,000, bergantung kepada bentuk berlian yang dikehendaki. - Agensi

iPhone 6 punyai skrin paparan melengkung

Written By Berita Setiap Hari on Monday, 16 December 2013 | 04:07


16 Dis – Syarikat gergasi gajet terkenal dunia Apple dikatakan bakal membangun ciptaan terbaru mereka dengan keupayaan skrin boleh melengkung iaitu iPhone 6 yang mana merupakan inovasi terbaru masa depan gajet itu.

iPhone terbaru milik Apple bakal dibangunkan dengan teknologi skrin boleh melengkung ke bawah pada bahagian sisinya selain bakal dilengkapi dengan aplikasi dan software lebih hebat dan gempak berbanding iPhone 5.
Tambahan lagi, ciptaan terbaru iPhone 6 ini juga dikatakan mempunyai sensor yang boleh mengesan sekiranya anda menyentuh skrin dengan kuat atau perlahan.

Malahan menurut Bloomberg, Apple juga akan muncul dua ciri model yang mana salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci dan satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci.

Pendek kata dengan saiz skrin 5.5 inci, saiz tersebut hampir sama besar dengan saiz Galaxy Note 3 ketika ini.

Sementara itu, pesaing terkuat Apple, Samsung sudah pun mengeluarkan telefon pintar model melengkung pertama di dunia yang dinamakan sebagai Galaxy Round. Bahkan LG juga sudah tampil dengan produk sulung mereka, LG G Flex.
--Tupai

Blackberry Porsche Design P’9982. edisi terhad

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 10 December 2013 | 20:46



BlackBerry berusaha keras untuk memastikan produk telefon pintarnya terus relevan di kalangan pengguna dengan terbaru mereka menghasilkan telefon pintar ekslusif, Porsche Design P’9982.

Telefon pintar ini ditujukan khas untuk golongan eksekutif dengan rekaan khusus dan dijual dalam jumlah unit yang terhad.

Porsche Design P’9982 edisi terhad ini datang dengan rekaan kulit buaya sebagai lapisan luar telefon. Meskipun dilabel sebagai edisi terhad, Porsche Design P’9982 ini memiliki spesifikasi yang sama dengan BlackBerry Z10 ataupun P’9982 edisi biasa.

Pihak BlackBerry belum mengumumkan harga untuk telefon pintar ini, namun sebagai bahan perbandingan, Porsche Design edisi biasa sudah memiliki harga yang tinggi sebesar AS$2,400 (RM7,680), jika untuk unit terhad ini pula dijangkakan harganya akan meningkat lebih tinggi lagi.


--BH

Xplore Tablet Lasak

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 3 December 2013 | 22:06



Meskipun jenama ini masih baru dan terasa asing di telinga para peminat gajet, namun Xplore membuktikan diri sebagai salah satu pengeluar baru yang berjaya mengeluarkan model `tablet Android’ pertama dan terbarunya yang mampu bersaing.

Spesifikasi yang hadir dalam tablet ini membuatkannya memiliki daya tahan terhadap air dan debu. Kemudahan ini dapat digunakan dalam keadaan dan lingkungan yang ekstrim sekalipun sehingga sangat sesuai untuk dibawa oleh mereka yang bekerja dalam persekitaran yang lasak.
Xplore ini mempunyai fungsi skrin multitouch IPS berukuran 10.1 inci dengan didukung resolusi 1366×768 piksel. Tablet tangguh Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich ini disokong sepenuhnya oleh kehandalan prosesor dual-core ARM Cortex A9.

Selain ketersediaan kamera depan berkemampuan 1.2 megapiksel, tablet tangguh ini juga turut dilengkapi dengan GPS, Bluetooth 4.0, WiFi 802.11n, pilihan Gigabit Ethernet, opsional HDMI-In, dan optional Common Access Card (CAC).
--Bharian
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger