KUALA LUMPUR - Kemiskinan tegar di Sabah direkodkan pada kadar 1.2 peratus atau enam kali ganda berbanding kadar nasional sebanyak 0.2 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.Beliau berkata ...

Read more »

 Anthony Kevin Morais PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi enam lelaki hukuman gantung atas sabitan kesalahan membunuh Timbalan P ...

Read more »

 BATU PAHAT - Seorang wanita dipercayai kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah ditahan bagi membantu siasatan kes berhubung laporan dibuat terhadapnya kerana didakwa melanggar Akta Kanak ...

Read more »

                                                        &nb ...

Read more »

 KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah, 29, memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kelmarin.Sebutan kali p ...

Read more »

 PARLIMEN | Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengarahkan Tiong King Sing menghentikan penggulungannya kerana didakwa butiran yang diberikan tidak ...

Read more »

 SLEMAN,Yogyakarta: Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) bakal mencalonkan Erina Gudono, menantu Presiden Indonesia, Joko Widodo (atau Jokowi), dalam pemilihan Bupati (ketua wilayah) di Slema ...

Read more »

 PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di lama ...

Read more »
BERITA TERKINI

Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional

Written By Bp Channel on Thursday, 14 March 2024 | 00:22

 



KUALA LUMPUR - Kemiskinan tegar di Sabah direkodkan pada kadar 1.2 peratus atau enam kali ganda berbanding kadar nasional sebanyak 0.2 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 menunjukkan kadar kemiskinan tegar di lapan daerah di negeri itu adalah lebih tinggi berbanding kadar nasional, dengan Tongod mencatat kadar tertinggi iaitu 5.9 peratus.

"Ia diikuti Beluran iaitu 5 peratus, Pitas (4.8 peratus), Kinabatangan (4.6 peratus), Kota Marudu (4 peratus), Tuaran (2.6 peratus), serta Ranau dan Lahad Datu masing-masing 2.4 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang ingin mengetahui jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia serta insiatif dan bantuan yang diberikan kepada mereka.

Rafizi berkata, jurang perbezaan tersebut dilihat agak besar memandangkan kadar kemiskinan tegar seluruh negara berkurangan daripada satu peratus pada 2020 kepada 0.2 peratus bersamaan 18,445 isi rumah pada 2022.

Oleh kerana itu kerajaan menurutnya telah meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi mengenal pasti mereka yang layak diberikan bantuan dan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah juga diadakan bagi tujuan itu.

"Apabila kita selesai dengan PADU dan kita telah petakan banyak tempat yang sebelum ini tercicir, itu akan membolehkan banyak keluarga miskin tegar di Sabah dan tempat lain mula mendapat bantuan, bukan sahaja bantuan tunai tapi program untuk anak-anak mereka seperti TVET ( pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional),” katanya.

Menurutnya, tumpuan di Sabah ketika ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan melalui pertanian bersepadu, misalnya menerusi projek Inisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN)

Rafizi berkata, ketika ini kerajaan negeri Sabah sangat terkedepan dalam memberikan tanah untuk diusahakan, dengan seramai 390 keluarga miskin tegar mengusahakan 203.96 hektar tanah di lapan daerah di Sabah melibatkan tanaman seperti nanas, cili fertigasi, jagung dan kacang soya.

"Kalau dilihat kepada prestasi IPR-INTAN di tempat lain, pendapatan bulanan bagi tuaian pusingan pertama RM2,200 hingga RM5,600 sebulan. Kalau kita berjaya ulangi ini di Sabah, maksudnya setiap keluarga miskin tegar yang sertai inisiatif ini dalam tempoh dua tahun boleh keluar daripada miskin tegar,” katanya. - Bernama

1234567 Next

Berita Kemalangan Dan Bencana

Berita Hiburan Gosip Artis

Berita Sukan

See all posts

Berita Politik

Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional

 KUALA LUMPUR - Kemiskinan tegar di Sabah direkodkan pada kadar 1.2 peratus atau enam kali ganda berbanding kadar nasional sebanyak 0.2 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.Beliau berkata...

Read More »
 PARLIMEN | Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini meminta Timbalan Sp...
 KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori menangis selepas dihukum penjara enam ...
 PETALING JAYA – “Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan”.Itu...
 KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman ...
ALOR SETAR – Pas sudah muktamad bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malays...
See all posts

Berita Mahkamah Dan Jenayah

Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal

 Anthony Kevin Morais PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi enam lelaki hukuman gantung atas sabitan kesalahan membunuh Timbalan P...

Read More »
 BATU PAHAT - Seorang wanita dipercayai kakak kepada Bella atau Mila Sharm...
                      &n...
 KUALA LUMPUR - Dua beranak etnik Rohingya melecur selepas dibakar dua lel...
 KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang pada Rab...
 Tangkak: Lelaki Rohingya, Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid...
See all videos

Berita Video

Keputusan hantar jemaah haji Khamis ini

KEPUTUSAN sama ada Malaysia akan menghantar jemaahnya bagi menunaikan haji p...

Ayat Seribu Dinar (rumi)

  WAMAN YATTA QILLAHA YAJ'AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITH...

Surah Ibrahim - Rumi (Abraham)

Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alif-Laaam-Raa; Kitaabun anzalnaahu ilai...

SURAH AL-MUNAFIQUN - RUMI

Bismillaahir Rahmaanir Raheem Izaa jaaa'akal munaafiqoona qaaloo na...

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger