Home » » Adi Putra mungkin disiasat semula

Adi Putra mungkin disiasat semula

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 14 December 2013 | 00:32


KUALA LUMPUR - Kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon kacak, Adi Putra, ahli perniagaan Aminuddin Othman, bakal membuka kembali kes pendakwaan terhadap bintang KL Gangster itu.

Menerusi sidang media yang diadakan semalam di Hotel Concorde Kuala Lumpur, ahli perniagaan yang berusia 50 tahun itu memberitahu, dia  membuat laporan polis terhadap pegawai penyiasat kes tersebut.

Dakwa Aminuddin, dia dan isteri tidak berpuas hati dengan keputusan itu yang disyaki berat sebelah.

"Pagi Jumaat (semalam), saya dan isteri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas pegawai penyiasat itu kerana kurang berpuas hati dengan hasil  siasatan yang telah dibuat.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan pegawai siasatan ini tidak telus dan lebih berpihak kepada pelakon itu.

"Saya berharap pegawai ini disiasat oleh bahagian tata tertib dan membolehkan polis melantik pegawai penyiasat baru," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan di bawah  No Further Action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.

Hadir bersama isterinya, Nooraida Abd Mutalib, 30, Aminuddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan.

Sementara itu, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan yang lebih relevan berbanding Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
--Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger