Home » » Budak 4 tahun mati dipercayai didera

Budak 4 tahun mati dipercayai didera

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 24 December 2013 | 01:50

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mati dipercayai didera ibunya selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, wanita terbabit membawa anak perempuannya itu ke hospital Sabtu lalu kerana mendakwa anaknya sawan.
"Namun pemeriksaan doktor mendapati ada kesan dera. Doktor kemudian melaporkan perkara itu kepada polis untuk siasatan.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam ketika menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi pemberita.


Katanya, wanita yang menetap di Sungai Besi, Cheras, di sini, akan ditahan bagi membantu siasatan 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.


Menurutnya, pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat utk menentukan kematian mangsa sama ada berpunca daripada penderaan atau penyakit sawan seperti didakwa oleh ibu mangsa.

Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah diletakkan bawah pusat jagaan di Kuantan, Pahang, sebelum ibunya mendapat hak penjagaan terhadap mangsa.

Khairi berkata, siasatan polis juga mendapati wanita terbabit mempunyai tiga anak dalam jagaanya.
---Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger