Home » » Dua kanak-kanak terselamat

Dua kanak-kanak terselamat

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 28 December 2013 | 19:10


JEMPOL - Dua kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu ibu saudara kanak-kanak berkenaan remuk setelah bertembung kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dinaiki pasangan suami isteri berumur 40-an.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fahmi Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kira-kira 5.37 petang.

Menurutnya, dua penumpang kanak-kanak di bahagian belakang terpaksa dikeluarkan dan pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit.

"Dua mangsa di hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mangsa yang menaiki Toyota Hilux juga tidak mengalami kecederaan serius.

"Semua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kereta jenis Perodua Kenari datang dari arah Bandar Baru Serting menghala ke Bahau, manakala Toyota Hilux datang dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, punca sebenar dua kenderaan ini bertembung masih dalam siasatan dan laporan penuh akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya. --Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger