Friday, 13 December 2013

Gambar MYVI 1.5 F.E.M Limited Edition Hanya 20 Unit Sahaja Di Keluarkan


Perodua hari ini memperkenalkan varian baharu Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition, sebuah model yang dikeluarkan khusus untuk ahli-ahli wanita yang bernaung di bawah kelab tajaan Perodua yang dikenali sebagai ‘Female Empowerment Movement’.

Terhad kepada hanya 60 unit, sejumlah 20 unit sahaja akan dikeluarkan pada setiap bulan mulai Disember 2013 sehingga Februari 2014. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM56,027.00 OTR, termasuk ciri-ciri yang dipertingkatkan bernilai sehingga RM4,000.00.

Perodua Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition hanya tersedia dalam warna Putih Ivory (Ivory White), dan didatangkan bersama kusyen kulit dengan logo F.E.M serta kemasan kulit di bahagian pintu. Roda stereng model terbabit turut dibalut kulit dengan sentuhan warna merah.

Berikut ialah ciri-ciri penuh yang ditawarkan oleh Perodua melalui model Myvi 1.5 F.E.M Limited Edition;

Special features worth RM4,000!

Available in Ivory White (solid body colour) only
Trendy sticker design
Leather seat covers with F.E.M. logo and leather door trim finish
Exclusive leather wrap steering
Exclusive multimedia system with navigation and reverse camera
Solar & Security Window Film
Carpet mat with F.E.M. logo
Exclusive multipurpose container








maklumat lanjut sila ke web perodua di >sini<