Home » » GAMBAR: Remaja Terjun Tingkat 12 Di Taman Melati, Gombak

GAMBAR: Remaja Terjun Tingkat 12 Di Taman Melati, Gombak

Written By Berita Setiap Hari on Friday 13 December 2013 | 23:14


Jika kelmarin terdapat berita penemuan mayat remaja lelaki di tandas Maahad Tahfiz Kok Lanas, semalam pula seorang perempuan dalam lingkungan usia 20an mencetuskan kegemparan apabila terjatuh dari tingkat 12, Flat Tioman di Taman Melati, Gombak, Selangor.
Menurut saksi sebelum berlaku kejadian jam 5.46 petang itu, seorang perempuan memakai baju lengan panjang berwarna merah jambu, seluar jeans hitam dan berselipar dikatakan duduk termenung di tingkat 12 flat berkenaan.
Bila gadis itu hilang pedoman dan kelihatan mahu terjun, seorang jiran dikatakan cuba memujuk dan menghalang tindakannya dengan menarik baju gadis berkenaan tapi gagal.
Ada yang cakap gadis itu tergelincir sebelum jatuh atas porch kereta, berkemungkinan selepas panik melihat ketibaan orang ramai dan kereta polis.
Sebaik jatuh orang ramai mengerumuni gadis berkenaan yang mengalami kecederaan dalaman lalu cuba mengajarnya mengucap.
Dia bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis dikatakan sedang menyiasat punca kejadian dan mencari waris mangsa, menurut sumber Mynewshub.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger