Monday, 23 December 2013

Helikopter Nuri mendarat cemas


KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.
Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang
kecederaan.
Sumber TUDM ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.
Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - Bernama