Home » » Ibu tunggal menangis teresak-esak di mahkamah

Ibu tunggal menangis teresak-esak di mahkamah

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 12 December 2013 | 19:24


KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis teresak-esak di kandang mahkamah apabila diminta membuat rayuan sebelum hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 dijatuhkan selepas mengaku bersalah mencuri coklat milik Pasaraya Giant, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Selain itu, Noor Shila Mamat, 28, dari Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.
Kesemua keputusan itu dibuat selepas Noor Shila mengaku bersalah telah mencuri lima keping coklat Cadbury Cashewnut 175 gram; lima keping coklat Cadbury Almond 175 gram; lima keping coklat Cadbury Mired Nuts 175gram dan lima keping coklat Cadbury Dairy Milk H/Nut Praline 175 gram.
Dia mengaku bersalah mencuri coklat yang bernilai keseluruhan RM150 bersama dengan seorang lagi yang telah dituduh di Pasaraya Giant, Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada 6 Febuari 2010 di antara jam lebih kurang 5.35 petang hingga 5.45 petang.
Dengan itu, Noor Shila mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Noor Shila tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 6 petang, seorang pengawal keselamatan bertugas yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada salah seorang pekerja memaklumkan terdapat seorang wanita berbaju hijau dan bertudung kuning bersama seorang lelaki telah memasukkan barang ke dalam beg tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.
Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pengawal keselamatan itu dengan ditemani salah seorang rakan sejawat terus ke lokasi dimaklumkan sebelum mendapati wanita dimaksudkan telah melalui kaunter tanpa membuat sebarang pembayaran, menurut sumber Sinar Harian.
Wanita itu ditahan di luar kawasan kaunter pembayaran dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai kesemua jenis coklat yang dicuri, sebelum diserahkan kepada polis.
--klpost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger