Home »
Kemalangan
» Penumpang maut, pemandu cedera
Penumpang maut, pemandu cedera
Written By Berita Setiap Hari on Tuesday, 10 December 2013 | 02:18
BENTONG – Seorang maut dan seorang parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian melibatkan sebuah lori jenis Hicom membawa muatan ayam dan sebuah kereta Perodua Kenari bersama seorang penumpang.
Katanya, lori dalam perjalanan dari arah Bentong ke Raub manakala Perodua Kenari dari arah Raub ke Bentong.
“Setibanya di tempat kejadian, Perodua Kenari dipercayai bertembung dengan lori.
“Akibat kejadian itu penumpang Perodua Kenari, Lai Koon Hei, 44, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Bentong manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
Katanya, hasil siasatan mendapati ketika kejadian berlaku keadaan gelap.
“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
--Sinar
Share this article :
Labels:
Kemalangan