Home » » Remaja buat Projek dalam kereta Kantoi

Remaja buat Projek dalam kereta Kantoi

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 5 December 2013 | 19:14


GEORGTOWN - Tindakan sepasang kekasih bercumbu sambil tubuh wanita berada di atas badan teman lelakinya di tempat duduk penumpang membawa padah apabila mereka dicekup kerana disyaki berkelakukan kurang sopan di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin.
Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam oleh sepasukan 17 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan sambil dibantu lima anggota Cawangan Penyiasatan Ketenteraan (CPK).
Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.
Menurutnya, ketika merapati kenderaan itu didapati seorang lelaki ditemui terbaring di tempat duduk penumpang bahagian hadapan manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya berada di atasnya dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu menafikan melakukan perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat mereka mengaku bercumbu.
“Mereka diberikan notis menghadirkan diri di Pejabat Agama Daerah Butterworth.
“Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam keadaan mencurigakan,” katanya.
Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, menurut sumber Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger