Wednesday, 4 December 2013

Rogol Kambing Lelaki DI Penjara 10 Tahun



Kenya - Seorang lelaki Kenya bernama Katana Kitsao Gona, 28, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku mengadakan hubungan seks dengan seekor kambing.

Katana Gona Dipenjara kerana merogol kambing

Semasa dibicarakan di mahkamah, mangsa iaitu seekor kambing juga turut hadir di mahkamah sebagai bukti pembicaraan.

Insiden berlaku ketika seorang jiran melihat Gona pergi membuang air di sebuah kawasan semak. Apabila jiran tersebut melihat terdapat pakaian tergantung di sebuah pokok berdekatan, dia menjadi curiga lalu menyiasat. Dia kemudiannya menjumpai Gona dalam keadaan bogel dan sedang melakukan hubungan seks dengan seekor kambing.

Gona kemudiannya diikat oleh penduduk dan ditahan di balai polis kerana mendera binatang secara seksual. Menurut laporan seorang pegawai vaterinar, terdapat darah yang keluar dari vulva kambing tersebut. Ianya cukup sebagai bukti penderaan seksual telah berlaku terhadap haiwan tersebut.