Home » » Veterinar Terengganu sedia pusat kucing terbiar

Veterinar Terengganu sedia pusat kucing terbiar

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 24 December 2013 | 18:15


BESUT - Kerajaan Terengganu hari ini meminta masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya membuang binatang terutama kucing di jalanan, sebaliknya menyerahkan haiwan terbabit kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata ini kerana JPV Terengganu menyediakan pusat khas untuk memelihara haiwan berkenaan.

Tindakan membuang kucing di tempat awam seperti pasar dan hospital malah kadang-kadang masjid bukan sahaja tidak wajar tetapi juga menimbulkan masalah kepada pemilik premis, katanya ketika menutup Kempen Cintai Haiwan Kesayangan di Pejabat Veterinar Besut, di sini semalam.

Beliau juga menegaskan Islam turut melarang umatnya menganiaya binatang, malah mereka wajib memastikan haiwan yang dipelihara dijaga dengan baik.

Dalam kempen anjuran JPV Terengganu itu, lebih 50 ekor kucing diperiksa oleh pegawai veterinar yang turut menyediakan perkhidmatan memasang cip mikro secara percuma.

Turut hadir Pengarah JPV Terengganu Dr Marzuki Zakaria. - Bernama

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger