Home » » Anggota polis diserang pelacur

Anggota polis diserang pelacur

Written By Berita Setiap Hari on Friday 14 February 2014 | 19:15


Ipoh – Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.

Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis, lapor Hmetro.
“Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.
“Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan,” kata sumber itu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger