Home » » Penang Pertimbang Untuk Haramkan Khutbah Jumaat?

Penang Pertimbang Untuk Haramkan Khutbah Jumaat?

Written By Berita Setiap Hari on Monday 17 February 2014 | 05:29


Berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin DAP berhubung kandungan khutbah Jumaat yang bertentangan dengan semangat perpaduan antara kaum dan agama, ada ura-ura menyebut kerajaan negeri Penang sedang mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk menghapuskan terus khutbah Jumaat di negeri tersebut.

Seperti yang semua maklum, beberapa pemimpin DAP seperti Tony Pua, Lim Kit Siang, Teresa Kok, termasuk Ketua Menteri Penang sendiri, Lim Guan Eng, memang tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang mengandungi mesej berbaur ekstrimis dan diskriminasi.

Terutama teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM.

Antaranya, ayat Al-Quran yang menyatakan orang Islam perlu memusuhi orang Nasrani (Kristian) dan Yahudi.  Isu ini pernah diulas Lim Kit Siang melalui satu artikel di The Malaysian Insiden dan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking beberapa minggu lepas.


Baru-baru ini, khutbah Jumaat yang mengharamkan sambutan hari Valentine turut mendapat kritikan keras Tony Pua kerana membawa mesej salah mengenai sambutan hari tersebut.

Menurut Tony Pua lagi, dakwaan kononnya Hari Valentine ini adalah bertujuan menggalakkan maksiat, minum arak, pengguguran dan sebagainya adalah tidak betul kerana sedangkan hari tersebut semata-mata untuk manusia berkasih sayang.

Pakatan Rakyat melihat cadangan ini sangat praktikal dan tidak bercanggah dengan kepentingan Islam kerana khutbah Jumaat hanyalah satu acara sebelum sembahyang Jumaat dilakukan.  Kalau ada lagi baik, kalau tak ada, tak mengapa.

Selain itu, tanpa khutbah Jumaat juga, waktu sembahyang Jumaat akan menjadi pendek dan tidak ada di kalangan pekerja yang mengambil masa panjang untuk berehat, kononnya kerana pergi sembahyang Jumaat sedangkan mereka mungkin melencong ke tempat lain.

Secara tidak langsung menjadikan Penang sebagai negeri yang lebih produktif berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia kerana semua pekerja di negeri menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja.

Bukan mencuri tulang di masjid.

Jika cadangan ini diluluskan nanti, Penang akan menjadi negeri pertama yang mengharamkan khutbah Jumaat di negara ini.

Semua negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain juga perlu turut mengikuti jejak langkah Penang bagi memastikan masjid dan upacara sembahyang Jumaat ini tidak dijadikan platform untuk membangkitkan kebencian antara kaum.

Dalam masa yang sama, boleh meningkatkan prestasi kerja di kalangan kakitangan awam dan swasta di semua negeri-negeri terbabit.

KLIK GAMBAR UNTUK PERBESARKAN
SUMBER >SINI<

P/S Mula mula azam, lepas tu khutbah jumaat haram. lepas tu APA pulak haram, elok sangat sangat la tuu
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger