Home » » Gambar Gambar Lelaki Maut terhidu asap

Gambar Gambar Lelaki Maut terhidu asap

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 7 June 2014 | 08:49


Tanjung Malim: Seorang lelaki berusia 30-an mati dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap dalam kejadian kebakaran membabitkan bangunan kedai di Proton City, di sini, malam semalam

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa Aris Muniandy Ramasamy ditemui terbaring di dalam kedai berkenaan selepas pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran itu.

Ketua Operasi Jamil Macklous berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 9.43 malam daripada orang ramai yang melihat kejadian itu dan berjaya mengawalnya kira-kira 30 minit selepas itu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tanjung Malim untuk dibedah siasat.


SUMBER FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger