Home » » Perogol Kanak-Kanak Dipenjara Rasuah Bapa Mangsa

Perogol Kanak-Kanak Dipenjara Rasuah Bapa Mangsa

Written By Berita Setiap Hari on Monday 23 June 2014 | 04:16


Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap perogol kanak-kanak yang telah disabitkan selepas lelaki itu mengaku salah memberi sogokan kepada bapa kanak-kanak perempuan itu supaya menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Hakim Ishak Bakri turut mengenakan hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas lelaki berumur 41 tahun itu mengaku bersalah pada 4 Jun lepas.

Riduan Masmud mengaku menyogok bapa mangsa sebanyak RM10,000 dalam tiga pertemuan di Jalan Tuaran Bypass dekat sini pada 18 April tahun lepas.

Pada 3 Feb, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan dengan rotan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad selepas didapati bersalah merogol gadis itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Feb tahun lepas.

Menurut pihak pendakwa raya, Riduan menawarkan wang kepada bapa mangsa untuk membolehkannya mengahwini budak perempuan itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun, dan sebagai dorongan kepada mangsa untuk menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Riduan diwakili peguam Ram Singh manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.



Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan budak perempuan itu.

Dia sedang menunggu rayuannya didengar bagi sabitan merogol itu.

– BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger