Home » » Dua beradik dilapor hilang

Dua beradik dilapor hilang

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 8 January 2015 | 08:37


Johor Bahru – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan abangnya berusia 11 tahun didapati hilang sejak 9 malam semalam.
Ibu saudara mangsa, Azrizah Ahmad, 44, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik keluar untuk membeli minuman di kedai berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, ibu mangsa, Azriana Ahmad, 30, sedang mengajar mengaji di bangunan rumah kedai di Jalan Pinang 52, Taman Daya.
“Anak saudara saya tinggal bersama ibu, bapa tiri dan adik lelaki mereka berusia dua tahun.
“Mereka sesekali keluar membeli minuman, namun kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Sepupu saya (ibu kanak-kanak) sudah menghubungi keluarga mentua dan mereka juga terkejut dengan kejadian berkenaan.
“Saya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Setia Indah malam tadi (semalam).
“Hingga kini kami tidak menerima sebarang maklumat berkaitan mereka,” katanya ketika dihubungi tadi. Jurucakap Polis Balai Taman Setia Indah mengesahkan menerima laporan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger