Home » » Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari

Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 22 January 2015 | 00:44

Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari | Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penyebaran video artis Zamani yang tersebar dalam keadaan bergari. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman itu. "PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya menerusi laman Twitter tadi.
Video berdurasi 1 minit 23 saat itu menunjukkan artis terbabit duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis.
Video itu mula menjadi viral pada hari ini dan kebanyakkan orang ramai mengkritik tindakan mengaibkan itu. Semalam, penyanyi terbabit ditahan polis bersabit kesalahan memiliki dadah dan sudah direman selama empat hari bermula semalam. -Metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger