Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari | Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penyebaran video artis Zamani yang tersebar dalam keadaan bergari.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman itu.
"PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya menerusi laman Twitter tadi.
Video berdurasi 1 minit 23 saat itu menunjukkan artis terbabit duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis.
Video itu mula menjadi viral pada hari ini dan kebanyakkan orang ramai mengkritik tindakan mengaibkan itu.
Semalam, penyanyi terbabit ditahan polis bersabit kesalahan memiliki dadah dan sudah direman selama empat hari bermula semalam. -Metro
Home »
Semasa
» Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari
Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari
Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 22 January 2015 | 00:44
Share this article :
Related Articles
- PRNJohor: ‘Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang’
- 'Tiada sekatan pada kanak-kanak tak divaksin'
- Harap keluarga Dr Mahathir tabah - PM
- Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
- Lima tahun tak ambil gaji
- Indeks Persepsi Rasuah 2023: Malaysia naik ke tangga 50
Labels:
Semasa