Home » » Kegiatan licik terbongkar

Kegiatan licik terbongkar

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 7 January 2015 | 21:07


Sungai Petani – Tindakan seorang lelaki menyimpan dua pucuk pistol bersama sejumlah peluru di dalam sangkar anjing jenis Pittbull peliharaannya untuk mengaburi pihak berkuasa terbongkar berikutan penemuan senjata api terbabit dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ria, dekat sini, semalam.
Malah, suspek berusia 30 tahun berkenaan difahamkan bertindak licik apabila memantau keadaan persekitaran rumah termasuk laluan masuk menerusi aplikasi yang dikawal menerusi telefon pintar bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.
Bagaimanapun, kegiatan lelaki berkenaan terbongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda melakukan serbuan sejurus suspek pulang ke rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi berdasarkan maklumat risikan sejak seminggu lalu.
Sumber berkata, hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan bersama teman wanita berusia 20-an kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis .38, sejumlah peluru dan dadah jenis syabu di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) milik lelaki itu.
Menurutnya, pihak polis yang melakukan siasatan lanjut ke atas suspek kemudian menemui dua pucuk pistol automatik jenis Walter dan sejumlah peluru dipercayai disembunyikan dalam sangkar anjing peliharaannya yang diletakkan di tepi pagar rumah sewanya, lapor Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger