Video 'JPJ kena buli' dengan pemandu lori
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 7 January 2015 | 20:31
SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik ke laman sosial Facebook,youtube telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.
Video rakaman amatur berkenaan, yang menyaksikan sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba menahan sebuah lori yang dikatakan membawa lebih muatan.
Pemandu lori tersebut memandu secara melulu selepas menyedari dirinya dalam pemerhatian pihak berkuasa.
Walaupun akhirnya lori tersebut berhenti, pemandu lori berkenaan mengambil kesempatan melarikan diri selepas pihak berkuasa memberhentikan kenderaan mereka.
Menariknya, pelayar Facebook yang menonton video berkenaan memberikan reaksi yang berbeza-beza.
Ada yang menghentam pihak berkuasa yang terlibat tanpa sebab, tak kurang juga yang seratus peratus menyalahkan pemandu lori yang memandu secara merbahaya.
Lokasi dan waktu kejadian gagal ditentukan.
Share this article :
Related Articles
- Tebus baucar Perlindungan Tenang RM75 mulai hari ini
- PRNJohor: ‘Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang’
- 'Tiada sekatan pada kanak-kanak tak divaksin'
- Harap keluarga Dr Mahathir tabah - PM
- Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
- Lima tahun tak ambil gaji
Labels:
Semasa