Home » » 'PAS jamin belum bawa hudud ke parlimen'

'PAS jamin belum bawa hudud ke parlimen'

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 10 February 2015 | 16:47


PAS tidak akan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke parlimen sehingga selesai perbincangan berkaitan perkara itu dan isu pilihan raya tempatan dalam tempoh sebulan, kata PAS.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar (bawah) berkata hudud itu tidak boleh dilaksanakan selagi tidak melalui proses perbincangan bersama gabungan pembangkang.

“Apa yang dibincang dalam mesyuarat semalam, jangan bawa ke Parlimen lagi.

"Jadi bawa setakat dewan negeri (Kelantan) saja, sehingga diputuskan oleh Majlis (Presiden) Pakatan Rakyat,” katanya.

Mengulas pengumuman Kelantan untuk mengadakan sidang khas berkaitan Undang-undang Enakmen Syariah II, Mahfuz menjawab:

“Ia bukan undang-undang baru, enakmen itu sudah ada. Mereka nak buat pindaan sahaja.

“Mereka nak pinda beberapa perkara untuk dikemaskini,” katanya menjawab soalan pemberita.

Semalam, mesyuarat Pakatan tidak membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan (PBT) serta akan membawanya ke mesyuarat khas.

Namun selang beberapa jam selepas itu, menteri besar Kelantan mengumumkan akan meneruskan sidang khas DUN berkaitan hudud yang ditangguhkan sebelum ini.

Sementara itu, sumber DAP memaklumkan Malaysiakini bahawa pemimpin PAS , sewaktu mesyuarat, bersetuju bahawa kandungan pindaan hudud itu perlu dibincangkan.

Justeru, sumber yang enggan dinamakan itu berkata, pengumuman menteri besar Kelantan tentang sidang khas DUN semalam menunjukkan bahawa PAS kini berpecah.
--malaysia kini
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger