Home » » Lelaki dikehendaki polis ditahan

Lelaki dikehendaki polis ditahan

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 1 March 2015 | 20:55



KAMPUNG RAJA - Seorang lelaki dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dengan beberapa kes jenayah berjaya diberkas orang awam selepas suspek memecah masuk rumah seorang penduduk di Kampung Oh, dekat  Jabi, di sini.

Penganggur berusia 23 tahun itu, sangat dikehendaki polis untuk membantu siasatan terhadap beberapa kes jenayah yang berlaku di daerah ini, namun sebelum ini suspek berjaya meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, suspek yang beralamat di Kampung Renek, Jabi berjaya diberkas penduduk kampung selepas dia dipercayai menceroboh rumah seorang penduduk Kampung Oh kira-kira jam 6.15 petang, Selasa lalu.

Menurutnya, sebelum itu, mangsa (tuan rumah) seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun menyedari barang miliknya iaitu telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank dan beberapa barangan lain yang berada di dalam rumahnya hilang.

“Anak saudara mangsa kemudian memberitahu melihat suspek melarikan diri di kawasan rumah berdekatan, lalu mangsa bersama penduduk kampung mengejar suspek dan berjaya memberkasnya di hadapan sebuah rumah di kampung sama.

“Suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Khaled berkata, kes disiasat di bawah Seksyen  451 Kanun Keseksaan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger