Home » » Mayat tanpa biji mata ditemui di Pantai Besut

Mayat tanpa biji mata ditemui di Pantai Besut

Written By Berita Setiap Hari on Friday 13 March 2015 | 23:25


BESUT - Satu mayat lelaki tanpa pakaian dan kedua-dua biji mata ditemui terdampar di Pantai Kampung Beting Lintang, sempadan Besut dan Setiu pagi tadi.

Seorang pemungut telur penyu menemui mayat kira-kira 6.30 pagi dengan kulit muka mayat merekah dan badannya membengkak kerana dipercayai hampir seminggu  telah mati dan dibawa ombak ke pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata tiada dokumen pengenalan diri pada mayat yang dijangka berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.

Mayat kini berada di bilik mayat Hospital Besut. Mereka yang kehilangan saudara mara diminta agar menghubungi polis. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger