Home » » Menangis dijel 7 tahun

Menangis dijel 7 tahun

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 12 May 2015 | 22:30


KOTA BHARU - Seorang lelaki mengalirkan air mata di mahkamah sesyen, di sini, semalam, selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun akibat merompak seorang jururawat.

Muhammad Alias Ismail @ Mokhtar, 26, mengaku salah tuduhan pindaan merompak Noraizi Zolrahim dengan mengambil telefon pintar milik mangsa.

Kejadian berlaku di tangga Wad 2 Topaz, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, pada jam 7 petang, 9 Oktober tahun lalu.

Pada prosiding itu, tertuduh hadir ditemani ibu bapa dan isterinya. Selesai prosiding, tertuduh dipeluk isteri yang menangis menyebabkan dia ikut sama mengalirkan air mata.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa raya negeri, Nordalina Ali memohon hukuman setimpal berikutan kesalahan serius dilakukan di tempat awam, namun peguam, Nik Saiful Adli Burhan pula memohon hukuman terhadap anak guamnya itu diringankan.

“Tertuduh memiliki dua anak masih kecil berusia 3 dan 6 tahun. Sebelum ini, dia hanya bekerja sebagai pembantu kedai dan ibu bapanya juga sudah tua. Isteri tertuduh pula tidak bekerja,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berjalan kaki seorang diri dari bahagian koperasi menuju ke wad diekori tertuduh, yang kemudian merampas telefon bimbit di tangan mangsa.

Mangsa cuba merampasnya semula, tetapi malangnya dia terjatuh. Tertuduh bagaimanapun berjaya ditahan.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu  berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger