Home » » Pasma tubuh parti baharu selepas Aidilfitri

Pasma tubuh parti baharu selepas Aidilfitri

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 13 June 2015 | 22:33


SHAH ALAM - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini  ‎mengumumkan bahawa pihaknya akan menggerakkan satu usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah terkubur oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan semula PR.

"Dengan  senario politik yang dibahaskan wakil negeri Pasma tadi, maka Pasma telah mengambil ketetapan bahawa sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan.

"...kita mengambil pendirian sebuah pakatan baru perlu ditubuhkan dengan persetujuan lebih mantap membaiki pakatan lepas, kita cadangkan PR baru," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Pahrolrazi berkata parti itu akan diumumkan selepas hari raya Aidilfitri ini selepas satu jawatankuasa peneraju mengadakan pertemuan dan perbincangan sepanjang bulan puasa ini.

"Parti itu akan dianggotai oleh golongan yang proPR, serta NGO-NGO yang proPR," katanya lagi.

Sementara itu dalam sidang media yang sama Pahrolrazi menegaskan, Pasma akan kekal sebagai sebuah NGO dan tugas Pasma hanya menjadi platform ke arah penubuhan parti baharu tersebut.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger