Home » » 'Aku sembelih mu, aku kambus dale kubur'

'Aku sembelih mu, aku kambus dale kubur'

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 2 July 2015 | 07:37


KOTA BHARU - Balasan buat seorang anak yang berkata kasar dengan mengugut untuk menyembelih ibunya, dia dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed terhadap tertuduh, Mohd Fahmin Mohamad Anipa selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh mengaku atas tuduhan melakukan ugutan jenayah kepada Norfazilati Mat Zain, 46, dengan berkata, “nak sembelihmu” hingga menyebabkan pengadu ketakutan dalam kejadian di alamat Kampung Terusan Limbat, di sini, pada jam 3 petang, 14 April lalu.

Pada prosiding hari ini, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana insaf atas kesalahan itu, namun pihak Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon hukuman setimpal mengambil kira jenayah yang membabitkan ahli keluarga.

Mohamad Nasrudin kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan, hari sama kejadian.

Dalam kejadian lalu, pengadu berada di rumah dan tiba-tiba anak pengadu mengamuk tanpa sebab serta mengugut dengan kata-kata, "aku sembelih mu, aku kambus mu dale (dalam) kubur, aku katok (pukul) kaki mu bagi mapuh.”

Tertuduh juga menghampiri pengadu dan mengangkat tangan mahu menampar pengadu, tetapi pengadu mengelak dan menepis tangan anaknya itu. Pengadu menjadi takut dan bimbang dibunuh kemudiannya bertindak melarikan diri. Kejadian turut disaksikan dua lagi anak pengadu.

Perlakuan tertuduh sedemikian dipercayai akibat dia berang kerana pengadu yang tidak memberi duit serta meleterinya.







PRMOSI ASTRO GEMPAK RAYA 2015 KEMBALI LAGI
meriahkan susana aidilfitri anda pada tahun ini dengan rancangan rancangan menarik dari astro khas untuk anda sekeluarga, dengan bulanan serendah RM22.36 Sen termasuk GST keluarga anda akan terhibur dengan pelbagai program menarik dari astro di bawakan khas untuk anda sepanjang ramadhan dan aidilfitri ini..
*Pendaftaran Percuma
*Upah Pasang Hanya RM 30.00
*Bulanan Hanya Serendah RM 22.36 Sen Sahaja Selama Satu Tahun
Promosi Terhad Pada 60 unit Sahaja

Berminat WhatsApp/Call/wechat/Telegram Ke No 01129206584

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger