Home » » 152 penagih, pengedar dadah ditahan

152 penagih, pengedar dadah ditahan

Written By Berita Setiap Hari on Monday 1 August 2016 | 11:19


JERTIH: Seramai 152 penagih dan pengedar termasuk pasangan suami isteri ditangkap dalam 'Ops Sarang' yang dilancarkan pasukan khas antidadah Bukit Aman, bermula malam tadi.

Daripada jumlah itu, 73 ditangkap di kawasan Pasir Puteh dan 79 di sekitar daerah Besut dalam operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam 12 tengah hari tadi.

Timbalan Komander II, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kanan Arjunaidi Mohamed berkata, sasaran operasi itu bertumpu di dua daerah bersempadan negeri Kelantan/Terengganu membabitkan jajahan Pasir Puteh dan daerah Besut.
"Dalam operasi itu, polis berjaya merampas 333 pil kuda, 100.5 liter cecair ketum, syabu (81.49 gram), heroin (3.5 gram), daun ketum (tujuh kilogram) dan satu biji eramin dengan nilai keseluruhan RM27,000. "Operasi bertumpu di dua daerah bersempadan itu kerana kawasan terbabit dikenal pasti banyak aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Kampung Raja, di sini, hari ini. Operasi khas itu membabitkan 15 pegawai dan 34 anggota polis, termasuk daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Besut.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178972?m=1
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger