Home » , » Datuk parah ditetak sekumpulan penjenayah

Datuk parah ditetak sekumpulan penjenayah

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 22 December 2016 | 16:05


IPOH - Seorang lelaki berpangkat Datuk kritikal apabila ditetak sekumpulan penjenayah di pekarangan rumahnya di Meru Heights kira-kira 3.30 petang tadi.

Mangsa dan isterinya dipercayai sedang bersiap sedia untuk keluar dari rumah sebelum diserang penjenayah yang dipercayai mahu menyamun.

Difahamkan, ketika kejadian anak perempuan dan cucu mangsa berada dalam rumah namun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jirannya yang mahu dikenali Jasmine, 50, berkata, teriakan datuk tersebut menyebabkan dia keluar rumah untuk melihat situasi cemas berkenaan.

"Saya tidak nampak apa yang berlaku kerana terhalang kereta datuk tetapi nampak lima atau enam orang menunggang motosikal dan pergi.

"Saya suruh datin tutup pintu pagar dan terus telefon polis. Selepas polis datang baharu saya berani tengok keadaan datuk dan datin," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Mangsa dan isterinya yang cedera dibawa mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger